Thursday, March 31, 2011

informal night with my cosmate

seribu kenangan,

Malam menjadi bukti,
kolej kajai menjadi saksi,
My cosmate yang sejati,
sahabat dan cosmateku di hati..

BBQ dan makanan dijamah bersama,
game dan aktiviti meriuhkan suasana,
aku dan cosmate ku bersama2,
memeriahkan majlis dan suasana,

seribu kenangan,

walaupun tidak sampai satu malam,
kami berhimpun untuk kali yang terakhir,
pelbagai kemaafan dipinta,
pelbagai harapan diharapkan,
semoga perkenalan kita berkekalan.

seribu kenangan.

aku tidak sampai hati melihat rakan2 ku menangis,
menangis kerana tidak sanggup berpisah untuk selamanya,
bukan menangis kerana merana, tetapi menagis tidak sanggup berpisah.

seribu kenangan bersama cosmate.

kmu lah sahabat,
kamu lah kawan2 dalam kelas
kamu lah rakan2 yang membantu dalam meneruskan pengajian.
kamu lah sumber pertolongan di UKM.

malam tadi 30hb mac 2011 menjadi detik terakhir kami semua berkumpul beramai2..
kepada yg tidak dapat hadir, aku memohon maaf kepada kamu semua. jika ada tersilap bahasa dan tutur bicara sepanjang aku menjadi rakan sekelas kamu.

malam yang penuh seribu kenangan...

Monday, January 17, 2011

FSSK VS FPI

bola,bola, bola..
itu lah life aku di UKM setiap petang bermain bola.

tapi dalam post ni, aku kongsi pengalaman aku
bermain bola dengan saing2 aku..
perlawanan malam tersebut adalah di antara
Fakulti Pengajian Islam (FPI) menentang
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan.
peelawanan tamat dgn berkesudahan fssk3-2 fpi.
syabas player FSSK.

1st time aku main waktu malam di stadium selama aku di UKM
dapat juga aku berasa suasan bermain di waktu malam.
selalu tgk kat tv je org main waktu malam.

amat best apabila bermain di waktu malam.
sebab nye aku kurang merasa letih dan sering berlari.

permainan akan menjadi puas dan bersemangat apabila kita mendapat kemenangan tersebut.

tahniah juga kepada player FPI kerana bermain dgn begitu baik
tanpa ada sebarang pergaduhan walaupun terdapat beberapa pihak yg membantah keputusan pengadil
tetapi sudah menjadi kebiasaan perkara ini berlaku dlm bola sepak

dengan perlawanan itu juga merapat kan hubungan kawan2 aku.
mereka begitu seronok dan mesra tanpa mengira fahaman politik.

:::disini saya dapat katakan bahawa sukan adalah tunjang perhubungan dan perpaduan antara individu:::

Design...






aku sekrang ni minat sungguh mengadit gambar...

ni antara gambar2 yg aku adit..

hehe..baru nak bergiat dalam aditing...aku ada goal baru..iaitu nak beli camera canon yg power..haha..leh wat job sambilan..

aku bukan mesin yang mudah untuk diprogramkan


ape itu mesin???
mesin juga disebut robot. robot itu juga merupakan sebuah mesin
aku xsuka hidup aku di tentukan,dijadualkan.
dgn kata lain diprogramkan......................

aku memang dari dulu x suke benda macam ni.
tapi benda ni xboleh dielak kerana pasti ada yang akan membuat diri kit jadi di program kan.
seperti dri aku di tentukan oleh orang lain.
aku nak bergerak bebas tanpa ada larangan kecuali undang2 laaa...

kalau aku macam telah diprogramkan maka diri aku rasa macam nak memberontak seperti
mahu keluar dari kekusutan. cara aku memberontak adalah mencari ketenangan sendiri tanpa mencerita apa masalah kepada orang lain, dan aku akan cuba menyelesaikan masalah aku sendiri tanpa meminta bantuan kepapa orang lain.

Tuesday, December 29, 2009

HARI KENDURI SEPUPU AKU


27hb 12 2009.sepupu aku kahwin..so aku balik kg 24hb.sewaktu kenduri aku jadi pengapit dia..first time aku jadi pengapit pengantin.rasa cam len ja..org dok tgk..aku cam dah xleh cover..tapi best gk ar sebab dapat bnyak capture gambaq dgn pengantin.haha..

Tuesday, December 22, 2009

IC KU HILANG

aku sedar ic aku hilang masa aku nk p bayar saman..bila aku sampai kat IPD Manjung,,aku nk ambik pas pelawat kat pondok polis depan pintu gate. bila aku nk ambik ic,aku tgk dah xdak.pastu aku trus keluar...pastu aku balik umah sebab ic xdak..esok tu aku p wat ic aku kat manjung.aku kena denda rm100. aku dah xdak duit.pastu aku trus p bayaq saman sebab aku xcident ari tu..selalng 4 5 hari adik aku jmpa ic aku kat umah..aku sekarang ni ada 2 ic..hahahaha..

EXCIDENT CUTI SEMESTER

ari selasa pas aku balik kampung bercuti semester ketiga.. member aku ajak aku p buat bank kad dia. so aku pon p la bawak dia p manjung..dalam perjalanan aku bawak moto cam biasa.xrasa apa2 pon..org tua2 kata dah bnda nk jadi..aku terlanggar seorang dak pompan naik moto ego.sebabnya dia brek untuk mengelak daripada berlanggar dgn sebuah lori sawit.pastu bila dia brek then dia belok ke kiri jalan dalam masa yg sama aku sedang berada di kiri jalan.pastu apa lagi aku dah laju dan xdan nk brek.aku langgar pompan tersebut.member aku berguling2 jatuh dari moto dan aku terseret jatuh.dan muka aku habes luka dan berdarah. darah kuar bnyak..member aku coll ayah dia dan bgtau mak aku..salah statement la lak die kate muke aku dah teruk giler sebab darah kuar bnyak.tapi luka biasa saja.member aku hnya luka sikit2 saja...dak pompan 2 pon luka sikit2 jgk.dan aku,member, dan dak ponmpan tu dihantar ke hospital..then ayah aku,ayah member aku dan sepupu aku dtg tgk..diorg ngat kena masuk wad.tapi sedera ringan sahaja..sebulan aku dok umah xleh p mana2 sebab kaki aku kena jahit.8 jarum lak tu.