Thursday, April 14, 2011

couple yg baik

salam..

hari ini aku ingin bawakan cerita yang sangat menarik bagi aku..
hari tu (aku x ingat tarikh nya) aku pergi Low Yat Bersama kawan aku. tujuan ke Low Yat adalah untuk memperbaiki laptop aku yg rosak. setelah lama bertapak di Low Yat, kami pon pulang..dan kami singgah di masjid negara untuk menunggu solat maghrib sebelum pulang ke UKM.
setelah sampai ke UKM aku lihat sepasang couple seperti sedang menunggu sesuatu. aku sempat perhatikan mereka. dalam hati ku berkata, cantik jugak awek die..(*_*).. dan aku pun beredar masuk ke masjid. setelah selesai menunaikan solat maghrib, kami pun pergi ke tempat parking motosikal, aku lihat sepasang kekasih tadi masih ada dan mereka seolah-olah ingin pulang ke suatu tempat. cara mereka seperti sudah menunaikan solat. dalam hati ku berkataa,,wah..baik btul pakwe die, bawak awek die dtg ke masjid... baru pertama kali aku lihat sepasang kekasih yang ingin keluar dating, dtg ke Masjid untuk bersolat. aku bangga dgn pkwe die. mereka menaiki seorang sebiji moto.

alangkah bagus kalau aku dpt buat begitu jugak... aku ingin jadi seperti lelaki itu yang bertanggungjawab dan baik. aku harap mereka berkekalan sehingga ke akhirnya.

bukan senang nk cari lelaki yg keluar berdating dan singgah ke masjid untuk menunaikan solat. malah sanggup menunggu sehingga waktu masuk..

aku harap diri aku dapat jadi seperti dia... (-_-)

Tuesday, April 12, 2011

Monday, April 11, 2011

DENGAR SINI WAHAI NAZRI ZAINAL


blog; nazri!!
NZ: ye...
blog: aku nk cakap kat kau sesuatu..tapi jgn marah.
NZ: baikk...apa dia??
blog: hang dah xlayak bercinta dah!!
NZ:hah!! awat lak sampai mcm tu??
Blog: sebab hang dah xlayak bercinta laaa!!hang paham dak!!
NZ:tapi...kenapa sampai macam tu??cuba bagi sebab kenapa aku dah xlehbercinta??
blog: sebab hang xpandai jaga hati awek hang bila hang bercouple...hang failed dalam bnyak benda.hang failed dalam pengurusan masa, hang failed dalam mengambil hati wanita..hang lebih pentingkan kawan hang....
NZ: tapi....
blog: jgn nk tapi2 lagi..dah...!!aku xmau hang bagi alasan mcm2 kat aku!!hang xpandai nk bercouple...so better hang single lagi baik.kalau hang bercouple pun nanti hang akan sakitkan hati awek hang...hang lupa kat awek hang..
NZ: tapi aku bukan sengaja...
Blog: ya...btul....tapi benda ni hang sendiri yang tentukan...aku nak nasihat kat hang...buat masa ni hang jgn la bercinta lagi...belom masanya lagi untuk hang bercouple...hang jugak kata kan..hang nak kawin lagi 5 tahun..so nanti kalau hang dah nk kawin. hang baru la leh cari awek...ingat tu NAzri Zainal!!!
NZ: baikk.....(sambil bersedih)..tapi,,,btul jugak kata kau wahai blog, aku memang xpandai jaga hati wanita...mungkin aku ni dilahirkan memang mcm ni kot...mungkin ade hikmah kot...aku memang failed dlm bercinta...aku sedar yang aku ni suka sakitkan hati org...
blog:haaa...pahanm pon...lagi satu hang tu ego tinggi...ego hang sgt tinggi..aku rasa lebih baik hang single dulu....insyaallah nanti ada la jodoh hang..hang sabar tau...sunyi sikit xpa...kalau sunyi hang mai cerita kat aku k...hang jgn duduk sorang2...
NZ: thanx blog...ok, aku akan dengar nasihat hang...tq,

Sunday, April 10, 2011

Kenangan Semalam.


Semalam..itu Semalam...
hari ini,.??
kenangan itu tidak dapat berpatah balik walaupun dibayar dengan ringgit.
betulkan, kenangan lepas kita xdpt dah, walau kita buat apa sekali pun..
jika kenangan itu baik, maka baik lah untuk kita gambaran kan.jika kenangan itu truk bagi kita, maka teruklah gambaran kita.
kenangan itu, sgt penting buat ku..sgt penting untuk aku lebih belajar erti kemanusiaan.erti kehidupan. oleh itu, hargailah kenangan.
kenangan itu membolehkan kita mencipta keyakinan diri,kenangan itu boleh mem'down'kan kita,kenangan itu boleh membina semangat kita.
kenangan tidak disamakan dengan pengalaman. kerna pengalaman lebih luas ertinya.
semalam,,itu semalam..hari ni...??
jika hari ini tidak baik dari semalam, pastikan hari esok lebih baik dari hari semalam...

Friday, April 8, 2011

JEMU MASA MENYINTA

pernah dengar kan perkataan ni?
perkataan ni selalu diungkap oleh kumpulam May..
bukan lagu May yang aku nak bercerita..tetapi aku ingin meneroka apakah perkataan JEMU ini selalu wujud bagi kaum lelaki semasa bercinta.. dari manakah perkataan ini dtg dan bagaimana cara ia dtg ke dlm diri si jejaka apabila sudah lama bercinta. apakah ada maksud atau perkara lain disebalik kehadiran perkataan jemu dlm diri si jejaka ketika sudah lama bercinta???

apa yang aku xpaham sekarang ni, kenapa akan wujud perasaan ni bila kita dah lama bercinta??
perasaan ni memang menjadi duri dlm daging ketika bercinta..perasaan ni jika dirasai oleh jejaka atau si wanita, perhubungan percintaan seseorang akan menjadi dingin akan ia merupakan satu petanda kepada keretakan hubungan percintaan.

apakah ada cara untuk mengelakkan perasaan ini wujud dalam diri?? apakah ada teknik untuk menghindar perasaan ini??? perkataan ini menjadi punca akan menjadi punca kepada pasangan remaja ketika mereka sedang bercinta.

persoalan disini mengapa perasaan ini cepat wujud??
mengapa ia wujud ketika si remaja sedang asyik bercinta??
dari mana perasaan ini wujud??
-----------persoalan ini sering menjadi tanda tnya si penulis--------------

By: Insan Tak Pandai Bercinta.


Monday, April 4, 2011

friend vs gf@bf

yang mana 1???

persoalan ini sering diutarakan oleh si couple. btul x? (bagi yang penah couple)

tapi any answer tidak ada yg betul atau yang salah.. mereka memberi jawapan mengikut pandangan dan persepsi mereka..aku ada sebab untuk kata kawan lagi penting daripadagf@bf. aku ada alasan nk kata bf@gf lagi penting daripada kawan.

terdapat beberapa kes yang boleh aku kongsikan dgn anda semua.

kes 1:
si A berpendapat gf@bf lagi penting daripada kawan. kenapa???

A mengatakan kawan hanyalah berada dgn kita sekejap sahaja. tapi gf@bf ada dgn kita lama sgt.menurut si A, gf@bf senang untuk berurusan.cthnya jika hendak pinjam duit. bagi beliau kawan susah untuk beri dia pinjam duit. pinjaman disini dlm kuantiti @ nilai yang banyak. (dia ingat kawan tiada duit).

tapi aku xsetuju pandangan si A kerana dia melihat dari segi sumber kewangan. dia tidak melihat dari segi apa yang akan berlaku jika si A clash. aku hampir mengingati beliau dimana pada suatu malam kereta gf@bf rosak. dan si A menelefon member aku untuk perbaikikan. persoalan disini. kenapa dia xpanggil gf @bf dia yg buat/perbaiki. dulu kata kawan xpenting. tapi bila susah cari kawan..

kes 2:

si B sgt sibuk dgn rakan2 nya..sehinggakan gf dia sgt marah kerana kurang masa diluangkan dgn bersama. si B sgt mementingkan kawan2nya. si B sgt menjaga hati kawan2 dia sehingga sggup menyusahkan diri untuk berusaha menolong kawan2nya.

gf si B tidak puas hati. mereka sering bergaduh kerana gf si B sering mengatakan si B tidak pedulikan perhubungan mereka.

jika terdapat ajakan daripada kawan2 nya, si B sanggup cancel rancangan dgn gf nya..hal ini menyebabkan perhubungan mereka bertambah dingin. walaubagaimanpun si B dapat memujuk gf nya.

secara kesimpulannya kita boleh memberikan pelbagai jawapan untuk mempertahankan pandangan kita..
tetapi dalam mempertahankan pandangan kita, kita perlu lihat dari sudut yg lebih jauh..dari sudut 10 tahun akan dtg...

moral of da story..
jika bercouple, bahagi2 kanlah masa dgn gf@bf dan kawan2...ada masa kita dgn kawan. ada masa kita dgn gf@bf. hal ini adalah kerana untuk mengelakkan kita supaya menjadi boring dan untuk mengelakkan perhubungan dgn gf@bf itu putus.

kesemua cerita diatas tiada kena mengena dgn sesiapa.baik yg hidup mahupun yang telah meninggal dunia.
selamat beramal.

Friday, April 1, 2011

Exam dah Hampir..


firstly, to my members, my cosmate, my friends
yg sama2 study dgn aku, terutama pelajar tahun akhir,
selamat menduduki peperiksaan akhir semester..

exam kali ni kali yang terakhir buat kita..
so,all da best...buat yg terbaik k..
mari kita sama2 skor A dlm semua subjek..ayuh!!!